Don’t Limit Your Challenges, Challenge Your Limit.

..

Rabu, 02 November 2011

Pengharapanku




mampukah aku menjadi seperti Sayyidah Khadijah?
agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
hartanya diperjuangkan fisabilillah,
penawar hati kekasih Allah,
susah dan senang rela bersama..
dapatkah ku didik jiwa seperti Sayyidah Aisyah?
isteri Rasulullah yang bijak,
pendorong kesusahan dan penderitaan,
tiada sukar untuk dilaksanakan..
mengalir airmataku melihat pengorbanan Sayyidah Fatimah,
akur dalam setiap perintah,


taat dengan abuyanya (ayah) yang sentiasa berjuang,
tiada memiliki harta dunia,
layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
ketika aku marah,
inginku intip serpihan sabar,
dari catatan hidup Sayyidah Sarah
tabah jiwaku,
setabah umi Nabi Ismail,
mengendong bayinya yang masih merah,
mencari air penghilang dahaga,
di terik padang pasir yang luas,
ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
pengharapannya hanya pada Allah,
itulah wanita bernama Sayyidah Hajar
mampukah aku menjadi wanita solehah?
mati dalam keunggulan iman,
bersinar harum tersebar,
bagai wanginya pusara Dewi Masyitah

0 komentar:

Poskan Komentar

next more...

u're my inspiration

g